My Memory

My Memory

Thursday, April 9, 2015

Telah menjadi TUNANGAN Mr.F

Baru nak mengarang.. Ceritanya adalah seperti berikut.. hehe.. Alhamdulillah....syukur pada-Nya kerana setelah sekian lama, hari ini (21 Feb 2015 bersamaan 2 Jamadilawwal 1436) yang lalu saya telah sah menjadi tunangan orang dan berdarah manis. Allah mempermudahkan urusan kami berdua dengan berkat doa dan restu kedua-dua orang tua kami, semoga segala rintangan, cabaran dan dugaan yang mendatang dapat kami lalui bersama dengan hati yang tenang dan sabar untuk menuju ke jalan yang HALAL dan diredhaiNya, Ameen ;). Setelah 8 tahun 11 bulan 2 hari (sejak Mac 2006) berkawan, akhirnya kami telah ditunangkan dalam majlis kecil-kecilan yang dianjurkan dirumah saya di Jalan Bahagia, Temerloh. Tidak lupa kepada mak ayah kerana menjadi tulang belakang untuk menjayakan majlis pertunangan ini. Terima Kasih mak ayah, sayang mak ayah dunia akhirat. Semoga mak ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tak lupa adik beradik yang turut serta turun padang. Dan Terima Kasih juga kepada mak ayah dan keluarga Mr.F kerana menerima saya menjadi sebahagian daripada keluarga Mr.F. Semoga ikatan ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila.

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~

Alhamdulillah, Selamat Sudah.

Kek Red Velvet

Cincin Tunang dari MrF


Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

0 comments from the cute person:

Post a Comment


( Ulang Tahun Kami =).Harap kami akan terus bersama selamanya )
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers