My Memory

My Memory

Sunday, December 18, 2011

Cepatnya masa berlalu

Assalamualaikum..
hi sahabat2 ku.. apa khbar?? harap semua sihat. Cepatnya masa berlalukan..
saya rasa macam baru je dekat rumah nie.. hemmm.. Rabu depan dah kena balik semula ke tempat saya menuntut ilmu.. sedihnya :'((.. hati nie rasa xnak balik ke sana. Macam dah xde semangat nak belajar.. Ya Allah, Kuatkanlah hati hambamu ini.. kawan semua, doakan saya semoga tabah dah terus menuju kejayaan.. =) . Hari ahad nie, xde rancangan.. hanya mengadap lappy and on9 jer. huhuhuhu.. bosannya. nak keluar berjalan, money kurang.. tak tahu nak buat apa dah.. dah buntu. susah hati. sebab memikirkan beberapa hari lagi saya di sini.. AArrrgggHHH.. Tensionnya lah.. tulung kawan2 ku.. bagilah idea.. hemmm..
okey lah.. sampai di sini dulu coretan saya.. nanti kalau xde pape, saya coret lagi. tmksh kawan2 yang membaca.. sayang kamu semua.. sekadar meluahkan perasaan yang terbuku. hihihihi.. ;)
sebab xtahu nak mengadu pada siapa... papai.. jaga diri semua.
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Saturday, December 17, 2011

Ayat Kursi Mujarab Halang Godaan Syaitan

MASYARAKAT Melayu Islam di rantau ini secara tradisi mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai pendekatan memohon keberkatan Allah. Begitu jugalah dengan kelaziman membaca ayat Kursi. 



Jika diamati dengan pemahaman mendalam, ayat Kursi yang mempunyai 170 huruf itu mengandungi pengajaran akidah, khususnya akidah terhadap sifat Allah yang berbeza dengan sifat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Apabila seseorang mukmin memahaminya secara jelas dan tepat, akan terhindarlah daripada anasir khurafat dan tahyul yang menyelubungi kehidupan manusia kini.

Daripada 6,666 ayat al-Quran, ayat Kursi berada pada kedudukan tertinggi menjadikannya hadiah teragung buat umat Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan selepas berlaku hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dan diriwayatkan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi beribu-ribu malaikat disebabkan kemuliaannya.
Pada kala itu, syaitan dan iblis gempar kerana ada halangan buat mereka untuk menyesatkan manusia. Atas faktor kemuliaan dan kehebatan ayat Kursi itu, maka Rasulullah SAW mengarahkan Zaid Thabit menulis dan menyebarkannya kepada semua Muslimin.

Apakah bukti amalan membaca ayat Kursi dikatakan sangat mujarab menghalang godaan syaitan dan jin. Kisah dialami sahabat Rasulullah SAW menjadi sandaran kukuh membenarkannya. Satu kisah dilaporkan ayah Abdullah Ubay sebagai pengukuh mustajabnya pembacaan ayat Kursi dijadikan rutin harian.

Dikisahkan, pada suatu malam ketika melihat kebun miliknya, ayah Abdullah terserempak haiwan seakan-akan anak baru baligh. Dia mengucapkan salam dan dijawab makhluk itu. Dengan kehairanan ayah Abdullah bertanya: “Siapakah kamu? Adakah kamu jin atau manusia? Dengan ringkas makhluk itu menjawab: Aku daripada golongan jin.”

Ayah Abdullah meminta jin itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia terkejut tatkala melihat tangan jin itu berbulu seperti anjing, lalu bertanya: “Apakah begini keadaan jin diciptakan? Kata jin itu: “Ya. Bahkan ada lebih buruk daripada ini.” Komunikasi dua makhluk Allah itu bersambung.
Tanya ayah Abdullah: “Apakah yang mengundang kamu ke mari wahai jin?” Maka jawab jin: Sampai berita kepadaku kamu seorang dermawan. Jadi, aku mahu mendapatkan sedekah daripadamu.”

Ayah Abdulllah terus bertanya lagi: “Jika benar, aku ingin bertanya kepadamu, apa yang dapat melindungi kami daripada godaanmu? Dengan nada tegas, jin itu tanpa berselindung berkata: “Ayat Kursi”.

Keesokan hari, ayah Abdullah berjumpa Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku. Selepas mendengarnya, Rasulullah SAW berkata: “Apa dinyatakan jin itu benar, tetapi dia tetap makhluk kotor.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Sebelum tidur, kita digalak membaca ayat Kursi kerana Rasulullah SAW mengamalkannya, Allah akan mengurniakan keselamatan kepada diri dan jiran.
Selain itu, sebagai pendinding rumah atau kedai daripada kecurian, disarankan membaca ayat Kursi sebagai ikhtiar dengan izin Allah.

Hal ini pernah diamalkan Abdul Rahman Auf yang mengatakan, apabila masuk ke rumahnya, maka dibaca ayat Kursi pada empat penjuru sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.

Imam Ibnu Qayyim menceritakan: “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemui doktor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan kedua-dua ayat tersebut berulang kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan yang menakjubkan. Seterusnya aku mempraktikkan kaedah itu untuk mengubati pelbagai penyakit dan merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai agar menggunakan kaedah sama.”

Ini berlaku dengan izin Allah dan kita seharusnya menggunakan cara sama sebagai pendekatan alternatif dalam mengubat penyakit. Ayat Kursi adalah ayat Allah yang hebat dan mujarab dalam amalan perubatan.
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Wednesday, December 14, 2011

CONTOH HALANGAN TERHADAP USAHA DAN CITA-CITA, CARA MENGATASI DAN SIKAP ISTIQAMAH.


Bil

Halangan
Cara mengatasi
Istiqamah
1.
Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.1. Ubah sikap
2. Disiplinkan diri
3. Bina keyakinan
1. Kuatkan azam
2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.
3.  Tidak patah semangat.
4.  Tidak kecewa dan putus asa.
5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.
6.  Sentiasa berfikir.
7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.
8.   Bertawakal dan bersyukur.
2.
Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.1. Baiki cara berkomunikasi.
2. Tegas.
3. Bina harga dir.i
4. Tunjuk kesungguhan.
5. Buktikan kemampuan diri.
3.
Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.1.Jadualkan/rencanakan kegiatan mengikut keadaan.
2. Ambil peluang pada waktu yang yang selesa dan sesuai.
3. Cari suasana yang selesa di tempat lain.
4. Gunakan teknik yang sesuai.
4.
Halangan wang atau kebendaan.1.  Semak dan atur semula cara perbelanjaan.
2.  Gunakan kaedah yang paling sihat dan berkesan.
3.  Dapatkan bantuan dari orang atau pihak lain.


Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Sunday, December 11, 2011

Untuk Buah Hati...

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Wednesday, December 7, 2011

Sedang Bahagia...

Hai semua.. apa khabar?? saya harap kamu semua sihat2 belaka.. Saya ingin share cerita...
Hari nie hari yang paling bahagia bagi saya. Kerana dapat juga jumpa dengan yang tersayang, setelah sekian lama tidak berjumpa..Rindu sangat kat dia.. Harap dia pun begitu. Satu hari dia luangkan masa bersama saya pada hari nie. Sampai tak pergi kerja, kerana nak melayan karenah saya.. huhuhuhuhu.. :D
SAYANG SANGAT KAT DIA!!!.. Tapi keadaan kesihatan dia xberapa nak baek. Dia batuk2 dan selesema, saya pun mengajaknya pergi jumpa doc. Dan dapat MC sehari.. and dia tak datang kerja hari ini ada sebab.. Hehehehe.. MC pun ada. saya doakan semoga dia cepat sembuh.. sayang Muhamad Firdaus.. Jaga Diri Selalu.... <3 <3 <3 u so much!!!


Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Saturday, December 3, 2011

Setelah Kukenali Dirimu...

Rintangan demi rintangan aku harungi
Sebelum bersua denganmu
Halangan demi halangan aku tempuhi
Sebelum mengenalimu Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Terasa bahangnya kian mula membara Satu persatu kesilapan diri ini
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu Dan kepuraanmu semakin terasa
Bila kau nyatakan hasrat hatimu padaku
Disebaliknya lafaz kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu Buat insan yang lebih mengerti
Jika dibandingkan
Lebih dulu dari kekasihmu
Yang kau sanjung dan puja Setelah dirimu aku hampiri
Kini ku kenali siapa diriku
Kerana rindu aku jatuh cinta
Walaupun kini disebaliknya Lafaz kata-kata janjimu itu
Kau serahkan kasih sayangmu
Buat insan yang lebih mengerti
Jika hendak dibandingkan dengan dirinya Satu persatu kesilapanku
Jadi senda gurauanmu
Aku keresahan menjejaki langkahmu
Mentafsir benakmu........
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Pagi Yang Indah.....

Assalamualaikum...
Hai semua .. dah lama saya xupdate blog nie.. sibuk sangat..
sampai xde masa nak update.. sekarang saya telah pun menjadi seorang pelajar.
harap saya berjaya pegang segulung sijil.
amin.. kawan2 semua doakan saya taw..
sayang korg semua.. xtahu nak taip apa.. huhuhuhu..
tghri nie ada kenduri 2 buah rumah.. so.. makan free.. jom lah join sekali..
saya on jer.. :D hehehehe... okey lah.. papai semua...
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Saturday, March 19, 2011

anakmuaallaf: RAHSIA TSUNAMI JEPUN DALAM QURAN....

anakmuaallaf: RAHSIA TSUNAMI JEPUN DALAM QURAN....: "Assalamualiikum semua, meh kita semua ambik iktibar dari peristiwa kali nih. 1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 Rabiul..."
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Saturday, March 5, 2011

bekerja atau sambung belajar

Salam;

 kepada yang membuka blog saya.. saya ingin mendapatkan pandangan daripada kamu semua.. sekarang saya bekerja di sebuah syarikat swasta,sebagai kerani am. telah bekerja selama 1 tahun lebih.. dan sekarang tergerak hati untuk menyambung belajar.. kalau kamu semua jadi saya .. kamu ingin meneruskan pekerjaan sekarang atau menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi?.. tapi kalau difikirkan semula.. belajar tinggi-tinggi pun.. belum tentu dapat pekerjaan yang bagus atau pekerjaan tetap.. macam mana nie.. aduh.. pening kepala memikirkannya.. harap sangat kamu semua bagi pandangan atau pendapat..

                Belajar                                                         Kerja
ATAU

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Wednesday, February 23, 2011

tak tahu nak mengarang apa.

hari-hari layari facebook.. hari-hari saya main game.. hari-hari saya tidur.. hari-hari saya makan.. hari-hari dengar lagu jiwang.. hari-hari hari apa lagi??? hahahaha.. :p
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Tuesday, February 1, 2011

Sedang B'siap ke pejabat..

~lalalallalala~ menyanyi lagu.. malaz benor nak ker pejabat..
berat yer badan nie.. tulung.. tak nak kerja. hahaha.. nak rilex2...
:D :( ;p
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Cuaca Hari Ini Cerah..

Alhamdulillah..matahari telah muncul.. yepi.. baju2 semua dah kering.. :D kekurangan baju dah sejak hujan melanda nie.. hihihihi.. nak tulis apa lagi yer.. tak tahu lah nak mengarang apa.. tak ade ayat lah pulak.. tengahari macam ni.. perut tengah kenyang.. mata mengantuk . idea pun xde. kikikiki... :D
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Monday, January 31, 2011

Baru pulang dari kerja...

Sampai rumah.... Ambil Laptop dan mula buka fb dan blog. huhuhuhu.. belum sempat membuka tudung lagi.
semangat betol kalau kerja2 mmbuka benda nie.. kalau kerja lain.. malazzzz yerrrrr.... hihihihi.. 
saja jer nak mengarang untuk petang nie..xtaw nak buat apa.. nak mengedit blog nie.. okey lah setakat ini..
hanya itu yang termampu,wa lakukan.. kikikiki.... :D
okey lah. nak p mandi n minum petang.. jom lah..
jemput datang rumah. kita mkn ramai2.. mst best.. ^_^ 

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Sunday, January 30, 2011

Menghadapi masalah..

aduiiii.. ade sesiapa leh tulung wa... wa mengalami masalah mengunakan blog nie. huhuhuhu...
base lah.. wa baru jer berjinak2 dalam blog nie.. harap sangat pertolongan lu owg semua.. :D
lap u ...
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

pagi nie hujan...

sejuk yer pagi nie.. mula2 malas nak pergi mandi.. sejuk sangat.. huhuhu...
nak xnak.. kena mandi juga.. nak wangi2.. hahaha.. :D...
sekarang sudah siap mandi.. dan wa mau p makan.. lu owg mahu ka?
jom lah.. :p
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~


( Ulang Tahun Kami =).Harap kami akan terus bersama selamanya )
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers