My Memory

My Memory

Thursday, December 3, 2015

Alhamdulillah...Syukur Pada-Mu,Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...Ya Fattahhu Ya A'lim...
La haulawalaquwatailla billah...
Hasbunallahhiwani'mal wakil...
Bismillahitawak'kal tu a'lallah...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahhuakhbar!...
Selawat serta salam buat Rasul junjungan,Nabi Muhammad SAW...



Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rasa yang Kau anugerahkan pada sekeping hati ini...
Hamba tawakal dan berserah hanya pada-Mu, Rabbi...
Ya Allah,hamba syukuri segala nikmat dan anugerah yang dikurniakan....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur dan sujudku pada-Mu,Rabbi atas segala cinta,nikmat dan anugerah...
Moga syukur ini membawa hamba lebih akrab dengan-Mu,Ya Allah...
Alhamdulillah,hari ini genap 13 hari ana bergelar seorang isteri,menantu,ipar dan biras...13 hari sebagai "puan"...13 hari yang dirasakan amat bermakna dan pantas berlalu...Syukur atas nikmat kebahagiaan,kasih sayang,ketenangan yang dinikmati....
Ya Allah,moga hamba-Mu ini terus tabah menggalas amanah ini. 
Moga keberkatan dari bait sunnah yang terbina dengan izin dari-Mu diberi anugerah permata hati; putera puteri soleh dan solehah dari syurga-Mu,Ya Allah....Amin,Ya Rabbal A'lamin...


Muhamad Firdaus Dan Siti Nor Juwariah
Setia Kehujung Nyawa
JF7104


Ijab and Qabul
20Eleven15
Firday
3:30pm

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Thursday, April 9, 2015

Telah menjadi TUNANGAN Mr.F

Baru nak mengarang.. Ceritanya adalah seperti berikut.. hehe.. Alhamdulillah....syukur pada-Nya kerana setelah sekian lama, hari ini (21 Feb 2015 bersamaan 2 Jamadilawwal 1436) yang lalu saya telah sah menjadi tunangan orang dan berdarah manis. Allah mempermudahkan urusan kami berdua dengan berkat doa dan restu kedua-dua orang tua kami, semoga segala rintangan, cabaran dan dugaan yang mendatang dapat kami lalui bersama dengan hati yang tenang dan sabar untuk menuju ke jalan yang HALAL dan diredhaiNya, Ameen ;). Setelah 8 tahun 11 bulan 2 hari (sejak Mac 2006) berkawan, akhirnya kami telah ditunangkan dalam majlis kecil-kecilan yang dianjurkan dirumah saya di Jalan Bahagia, Temerloh. Tidak lupa kepada mak ayah kerana menjadi tulang belakang untuk menjayakan majlis pertunangan ini. Terima Kasih mak ayah, sayang mak ayah dunia akhirat. Semoga mak ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tak lupa adik beradik yang turut serta turun padang. Dan Terima Kasih juga kepada mak ayah dan keluarga Mr.F kerana menerima saya menjadi sebahagian daripada keluarga Mr.F. Semoga ikatan ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila.

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~

Alhamdulillah, Selamat Sudah.

Kek Red Velvet

Cincin Tunang dari MrF


Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Tuesday, March 18, 2014

Selamat Menyambut Ulang Tahun Percintaan yang ke-8!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua rakan2 yang saya kasihi.. Saya ingin memulakan entri ini dengan memohon maaf kepada rakan2 yang membaca entri ini. Bukan saya sengaja nak post entri sebegini tetapi saya ingin memberitahu si dia yang saya amat mencintainya... Saya berharap rakan2 semua sudi membaca hasil penulisan saya ini lagi.. My Love pada hari ini, esok dan selama-lamanya adalah untuk Muhamad Firdaus @ Fiq. Selamat menyambut ulangtahun percintaan yang ke-8. Semoga kita akan terus bercinta sehingga ke pintu syurga. Saya sertakan klip video eksklusif dari yusri dan lisa 
"Kekasih Abadi".
Semoga kita berkekalan selamanya dan mengharungi segala onak duri bersama

~POWER OF LOVE WITH YOU!~
"2006-2014"


Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Thursday, January 2, 2014

Selamat tahun baru 2014

Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana memberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ciptaan Illahi untuk tahun nie.. Dan saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Saya doakan tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya. Bila melangkah ke tahun baru, kita sering mendengar dengan perkataan "Azam". Jadi apa azam rakan2 semua pada tahun ini? Saya doakan semoga tercapai dengan jayanya. Azam saya pada tahun ini adalah ingin memiliki pekerjaan yang tetap,sebuah kereta dan membina masjid (berkahwin) dengan insan yang saya sayangi Muhamad Firdaus Bin Abdul Majid. Lagi pun umur semakin hari semakin meningkat, cepatnya masa berlalu. Rasa-rasa bilalah saya akan akhiri zaman  bujang?? Pertanyaan yang sering main di minda. Tp itu semua ALLAH S.W.T yang tentukan. Kita hanya merancang.. Rasanya tiada apa lagi saya ingin coretkan didalam blog ini. Sampai di sini sahaja dahulu coretan dari saya, jika di berikan umur yang panjang. Saya akan mengarang lagi untuk tatapan rakan-rakan blog saya. Akhir kata, doakan saya cepat2 naik pelamin dan memulakan kehidupan berkeluarga seperti orang lain..  Amin.. Sayang kamu semua..
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Friday, September 6, 2013

Baru Update Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Dah lama saya menyepi dan sudah berdebu saya punya blog.. huhuhu.. Hari ini ada masa sekejap untuk mengemaskini apa2 yang patut.. Kawan2 apa khabar semua.. Harapan kawan2 semua sihat selalu. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.. :D Xsabar nak habis belajar. Tinggal sebulan lebih je lagi. Final semakin hampir, tapi masih lagi xprepair apa2 yang patut.. Hati semakin resah gelisah.huhuhu.. harap semuanya ok. Ok lah kawan2.. sampai di sini sahaj coretan saya. Nanti ada masa, saya mengarang lagi. Papai semua.. saya mengundurkan diri dahulu. Wasalam...
Sebelum itu, saya sertakan motor idaman saya. hehehe.. ^__^ .. harap-harap dapat bawa motor macam nie.. suatu hari nanti.. Amin..



Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Thursday, March 21, 2013

Stress

Assalamualaikum semua.. Saya ingin meluahkan perasaan saya di sini.. harap kawan2 sudi membacanya...Adoi.... macam-macamlah dugaan time study nie.Bila kerja nak study.. Bila study nak kerja pulak.. (macam2 ragam) sebab tak dapat nak hadapi dengan masalah tugasan yang di beri oleh lecturer.. Kalau ditempat kerja pulak.. xdpt nak hadapi dengan masalah kerja yang di beri oleh Pihak Atasan.. Hidup didalam dunia nie xde apa yang mudah dan senang.. Hidup ini penuh dengan dugaan,cabaran dan seangkatan dengannya... Saya nie seorang yang cepat putusasa,tidak berkeyakinan,di selumbungi dengan berbagai-bagai masalah(tapi tetap maintain macam xde masalah).. huhuhuhu.. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah ini untuk meneruskan pengajian dan permudahkanlah segala urusan hambamu ini.Amin... Semoga saya dapat meneruskkan pengajian saya hingga tamat dan ingin berkongsi kegembiraan bersama Ayah dan Mak tercinta... Kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya.. Saya sayang mereka berdua.. Semoga Allah panjangkan umur mereka dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin.. Oke lah kawan2.. saya out dulu.. doakan kerjayaan saya.. Amin.. 



Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Tuesday, March 19, 2013

Hadirnya Kamu

Awak hadir tika saya memerlukan teman, Awak hadir menghulurkan tangan tika saya kebuntuan, Awak hadir menghembuskan kata-kata semangat, Awak hadir tika saya mengharapkan agar dia adalah yang terakhir. Tapi kini saya harapkan agar awak lah yang terakhir dan terbaik untuk saya, Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayar dan waktu.. Ikhlas saya katakan. Apa yang lahir dari tutur kata ini, Datangnya dari hati yang jujur saya.. Yang saya betul mencintai. Kerana hadirnya awak dalam hidup saya menjadi cahaya dan yang menerangi hari-hari saya... 
"Saya Cinta Kamu" 

Muhamad Firdaus Bin Abdul Majid

Segala panjat doa dan harap terukir untuk kita...
Semoga tercapai segala cita dan cinta kita...
Semoga panjang umur dan bahagia selalu...
"Selamat Ulang Tahun yg Ke 7 tahun"

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~


( Ulang Tahun Kami =).Harap kami akan terus bersama selamanya )
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers