My Memory

My Memory

Wednesday, May 30, 2012

Nothing To Say!!!

Assalamualaikum semua... sudah lama saya tak update my BLOG.... bukan xde masa nak update.. tp xtahu nak tulis apa.. huhuhuhu.. sekarang saya berada di rumah kesayangan saya,cuti sem.. Tinggal sebulan lagi saya berada di rumah... huhuhuhuhu. Saya nak share story dengan kawan-kawan semua. Sepanjang cuti sem nie, saya dapat berjumpa family dan buah hati.. rindu sangat kat dorg semua.. paling best dapat kuar makan dengan buah hati dan bercuti dengan family. Baru-baru nie saya pergi bercuti dengan family at Genting.. Memang terbaek lah.. mak ayah pun turut join main game kat situ.. sayang mak ayah.. =) .. saya bertolak pagi dari rumah selepas minum pagi dan balik ke rumah lewat petang. Pada masa tu saya main tak ingat dunia.. hahahaha.. ketika nak gerak balik ke kereta, saya rasa kaki saya tak cecah tanah kerana kebas dan ditambah pulak dengan kepenatan.... tapi memang best... saya rasa saya akan pergi lagi ke Genting. tapi tak tahu bila.. =) hanya masa yang menentukan.. huhuhuhu.. mana tahu lepas nie pergi dengan kawan-kawan.. lagi seronok.. GEGAR Genting tu.. Sabtu nie 2hb Jun, pulak nak pergi Kota Bharu Kelantan.. ada kenduri.. best..jalan lagi.. yahoo.. okey lah kawan-kawan.. saya mengundurkan diri dulu.. nanti kita berjumpa lagi.. dan nantikan cerita seterusnya dari saya.. hihihihihihi :D sayang kamu semua...
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Monday, April 23, 2012

''Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim. ' 'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia. '

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."
"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."




Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut.


Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).


Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan.


Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).


Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.


Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.


Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini.


Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan.


Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.


Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.


Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Monday, April 2, 2012

Khas Untuk Si Dia


Semoga kami bahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat,kawan2 doakan kami ya.. sayang kamu semua.. =) maaf kalau video ini tidak menyenangkan kawan2.. saya hanya post untuk tontonan si dia.. bulan April kembali lagi.. bermakna ulang tahun kelahiran si dia semakin hampir.Kawan2 boleh bagi idea x? nak bagi apa ya kat si dia.. saya xtahu lah nak bagi apa kat si dia. sebelum nie pun saya xpernah bagi pape kat si dia. huhuhuhu.. tapi yang paling penting perjalanan perhubungan ini akan terus berkekalan hendaknya.. harap dia membaca post ini. sayang dia.Okey. sampai sini dulu coretan saya kepada my sweet blog.. papai semua. 

Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Friday, March 30, 2012

I Miss You My Love

Kekasihku percayakah kamu
Aku selalu menunggu
Kekasihku percayakah kamu
Aku ingin bertemu
Kalau kau cinta
Pasti kau tahu isi di hatiku

Kekasihku percayakah kamu
Aku selalu menunggu
Kekasihku percayakah kamu
Aku ingin bertemu
Kalau kau cinta
Pasti kau tahu isi di hatiku

Ku bilang miss you pada dirimu
Agar kau tahu isi hatiku
Yang selalu menunggu di setiap waktu
Karena I miss you

Kekasihku percayakah kamu
Aku selalu menunggu
Kekasihku percayakah kamu
Aku ingin bertemu
Kalau kau cinta pasti kau tahu
Isi di hatiku hu.. wooo.. yeee..

Ku bilang miss you pada dirimu
Agar kau tahu isi hatiku
Yang selalu menunggu di setiap waktu
Karena I miss you

Ku bilang miss you pada dirimu
Agar kau tahu isi hatiku
Yang selalu menunggu di setiap waktu
Karena I miss you

Yang selalu menunggu di setiap waktu
Karena I miss you



Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Wednesday, March 28, 2012

Dalam mod kemalasan

Baru balik dari makan tengahari with my housemate.. kenyang gila.. makan kedai biasa.. mesti xkurang dan xlebih,bayaran sama jer .. hahahaha... iaitu RM5.00 tepat.. malam nie lak ada class.. malas yer nak pergi kelas. tapi nak buat macam mana. dah jadi seorang pelajar nie.. kenalah rajin2 pergi ke kelas. huhuhu....betul x kawan2  ku semua... mata dah mula mengantuk.. sebab malam tadi tak boleh nak tidur. huhuhu.. okey lah. sampai di sini dulu corentan saya.. papai semua..
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Monday, March 19, 2012

Layan Jiwa

Cinta adalah ketika...
ketika engkau tertawa oleh hal yg tidak lucu kerananya...
Ketika engkau sangat bahagia dengan hal yg sgt kecil kerananya...
ketika ia dapat membuat air matamu jatuh dengan sendirinya...
Ketika engkau menerima dia seperti adanya dirinya..
Ketika kamu memaafkan sebelum dia memintanya...
Ketika kamu mencintai tanpa mengharapkan balasannya...
Ketika kamu menunggunya meski dia tidak tahu...
Ketika kamu mengharapkannya meski dia tidak menginginkanmu...
Ketika kamu memberi apa yg tidak kamu miliki...
Ketika kamu menerima apa yg tidak kamu sukai darinya...
Ketika tiap detik fikiranmu slalu kepadanya...
Ketika hatimu telah tertutup untuk orang lain...
Ketika hatimu berikrar untuk bersama dia selamanya...
Ketika engkau tetap mencintainya tak kenal waktu...
Ketika engkau menangis melebihi tangisannya...
Ketika engkau bahagia bila dia telah bahagia...
Ketika engkau mencintai hingga detik terakhir hidupmu...
Dengan atau tanpanya.. Sampai hari terakhirmu...
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~

Sunday, March 18, 2012

Pagi Ahad..

Akhirnya.. saya dapat betulkan semula BLOG saya.walaupun xcantek.tp puas hati.Huhuhuhu.... aduh!! perut memulas.. ulang alik ke tandas jer hari nie.. xtahu lah kenapa.. salah makan rasanya xmungkin.. sebab budak rumah xsakit pun.. padahal makan benda yang sama.. sekarang saya nak bersiap pergi ke kuliah.. malas betul nak ke kuliah. nak ponteng kang.. masalah pulak.. jadi.. kenalah pergi juga. okey lah kawan2.. sampai di sini dulu corentan saya di pagi ahad ini.. papai semua.. selamat belajar dan selamat bercuti hari minggu... sayang kamu semua.. =) ...
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~


( Ulang Tahun Kami =).Harap kami akan terus bersama selamanya )
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers