Assalamualaikum semua.. Saya ingin meluahkan perasaan saya di sini.. harap kawan2 sudi membacanya...Adoi.... macam-macamlah dugaan time study nie.Bila kerja nak study.. Bila study nak kerja pulak.. (macam2 ragam) sebab tak dapat nak hadapi dengan masalah tugasan yang di beri oleh lecturer.. Kalau ditempat kerja pulak.. xdpt nak hadapi dengan masalah kerja yang di beri oleh Pihak Atasan.. Hidup didalam dunia nie xde apa yang mudah dan senang.. Hidup ini penuh dengan dugaan,cabaran dan seangkatan dengannya... Saya nie seorang yang cepat putusasa,tidak berkeyakinan,di selumbungi dengan berbagai-bagai masalah(tapi tetap maintain macam xde masalah).. huhuhuhu.. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah ini untuk meneruskan pengajian dan permudahkanlah segala urusan hambamu ini.Amin... Semoga saya dapat meneruskkan pengajian saya hingga tamat dan ingin berkongsi kegembiraan bersama Ayah dan Mak tercinta... Kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya.. Saya sayang mereka berdua.. Semoga Allah panjangkan umur mereka dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin.. Oke lah kawan2.. saya out dulu.. doakan kerjayaan saya.. Amin..
My Memory
Thursday, March 21, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Hadirnya Kamu
Awak hadir tika saya memerlukan teman, Awak hadir menghulurkan tangan tika saya kebuntuan, Awak hadir menghembuskan kata-kata semangat, Awak hadir tika saya mengharapkan agar dia adalah yang terakhir. Tapi kini saya harapkan agar awak lah yang terakhir dan terbaik untuk saya, Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayar dan waktu.. Ikhlas saya katakan. Apa yang lahir dari tutur kata ini, Datangnya dari hati yang jujur saya.. Yang saya betul mencintai. Kerana hadirnya awak dalam hidup saya menjadi cahaya dan yang menerangi hari-hari saya...
"Saya Cinta Kamu"
Muhamad Firdaus Bin Abdul Majid
Segala panjat doa dan harap terukir untuk kita...
Semoga tercapai segala cita dan cinta kita...
Semoga panjang umur dan bahagia selalu...
"Selamat Ulang Tahun yg Ke 7 tahun"
Semoga tercapai segala cita dan cinta kita...
Semoga panjang umur dan bahagia selalu...
"Selamat Ulang Tahun yg Ke 7 tahun"
Friday, February 8, 2013
Ringgit Berjuta Spoon
Assalamualaikum semua.... dan selamat tahun 2013.. Jom kita layan lagu nie.Frist dengar dalam kereta semasa otw balik temerloh semalam.Bestlah pulak dengar lagu nie waktu tengah2 malam mcm nie.huhuhuhu.. Layan perasan.. huhuhu.. semoga anda semua terhibur yer..
Friday, December 28, 2012
Gembira di hari Jumaat terakhir for this year : 28/12/2012
Assalamualaikum semua... Saya nak berkongsi cerita.. harap anda semua sudilah membacanya..dan kenapa buah+hati=My Love.. bacalah coretan saya ini. =D Hari nie hari yang paling Happy buat saya.. kerana saya dapat cincin baru.. ;) hihihihihi.. Cincin lama saya dah patah.. Ganaskan saya.. Saya harap dengan cincin baru ini.. akan menguatkan lagi perhubungan saya dengan dia(Muhamad Firdaus Bin Abdul Majid).. Anda semua doakanlah untuk kami sekali yer.. Terima Kasih.. Cantik x Cincin saya dan dia nie?? Tgk kat bawah... ^____^ (senyum sampai ke telinga sudah) Apa2 pun terima kasih kepada dia kerana sudi meluangkan masa bersama saya walaupun tengah sibuk bekerja.. Saya nie mengacau jer.. huhuhu... Dan hari ini juga last saya berada at Temerloh Pahang. Esok pagi dah berangkat ke Dungun Terengganu.. So SAD.. But nak buat macam mana.. Demi mencari ilmu.. Perlulah berkorban apa saja.. huhuhu.. macam tajuk lagu pulak.. Kuang3.. Okeylah.. sampai di sini dulu coretan saya untuk kalian okey.. Ada masa saya menaip lagi.. ;) Bye semua... Luv u All.. And Especially To My Love... Muhamad Firdaus Bin Abdul Majid.. Jiwang2 pulak malam2 macam ginikan.. W'salam..
Monday, December 24, 2012
Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman
Lagu ini ditujukan kepada semua sahabat2 saya yang mengenali saya dan kepada yang tidak mengenali saya pun.. saya bagi juga.. saya sayangkan kamu semua.. harap kamu semua sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa. Aminnn....
Friday, December 21, 2012
Hujung Tahun 2012
Assalamualaikum semua... Harap semua sihat dan bahagia selalu di sisi orang yang tersayang. Coretan saya pada kali ini adalah.. Untuk berkongsi cerita gumbira bersama anda semua.. hehehe.. Alhamdullilah.. saya telah pun melepasi semua subjek pada sem lepas.. dan sem nie.. saya harap.. saya dapat buat yang lebih bagus lagi.. tinggal setahun lagi saya belajar.Lepas tu,cari kerja lah pulak dan cari duit untuk Kahwin dengan pasangan saya.. yang bernama MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL MAJID... Saya amat MENYINTAI dia.. cehwahhh ayat. berbunga2 pulak malam2 ni.. kikikiki.. kepada Si Dia.. harap dia sedang membaca coretan saya ni... Kalau dia membaca.. lagi lah gumbira hati saya.. rasa nak melompat2 mcm monkey.. kah3... :) ... Hujung tahun nie juga.. saya telah pun meraikan ulang tahun kelahiran my mom and my dad. buat serentak.. sebab,tahun depan saya rasa susah nak dapat cuti dah.. my dad punya date 0101... very nice the date.. and my mom 1412... i Love my parent a lot.... Doakan mereka dipanjangkan usia yer.. kepada Kekasih hati.. selamat bekerja dan selamat mengumpul duit untuk kita.. Sayang Kamu.. Rasanya.. xde apa dah nak dikata... so.. sampai di sini dahulu coretan yang tak seberapa dari saya.. SNJ ;) ..... Tahun depan kita berjumpa lagi.. Itu pun, Kalau saya rajin utk update my BLOG.. huhuhuhu.... Lagi satu.. peringatan dari saya.. jangan bermain hujan... harap maklum lah.. musim hujan sekarang.. Nnti demam.. diri sendiri yang susah.. kan3.. :) okey.. Bye Bye... Jumpa lagi.... Wsalam..
Hak Cipta Terpelihara :~Gurlz7104~
Wednesday, November 14, 2012
Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah
Pada tahun ini 29 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
( Ulang Tahun Kami =).Harap kami akan terus bersama selamanya )



